HEALTH, FITNESS AND HAPPINESS 2018’ adalah satu Siri Kursus Kesihatan dan Kecergasan khusus bagi kakitangan pelbagai agensi yang telah digubal melalui kepakaran pensyarah di PPUKM. Program ini dianjurkan bersama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dijalankan di Institusi Latihan Dakwah Selagor (ILDAS) yang terletak di Sabak Bernam, Selangor. Program ini berlangsung selama dua hari bermula pada tarikh 31 Oktober hingga 1 November 2018. Objektif Kursus ini adalah;
i. Untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan menjaga pemakanan dan bersenam
ii. Untuk meningkatkan pengetahuan para peserta tentang cara pengamalan diet yang seimbang dan cara bersenam yang betul.
iii. Meningkatkan amalan penjagaan kesihatan dan pemakanan yang betul dikalangan peserta
Gambar 1 : Barisan urusetia ILDAS, Jurulatih dan para peserta
Gambar : Modul Kecergasan
Gambar : Modul Pemakanan Sihat
Gambar : Para Penceramah Pemakanan Sihat