- MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah:-

(a) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Kelab di dalam tahun lalu;

(b) Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;

(c) Memilih ahli-ahli jawatankuasa bagi setiap dua(2) tahun;

(d) Melantik dua(2) Juruaudit setiap dua(2) tahun; dan

(e) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya empat belas(14) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu notis dan agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Kelab bagi tahun lalu yang telah diaudit.

1. MINIT MESYUARAT PROTEM TAHUN 2011
2. MINIT MESYUARAT AGUNG KHAS       TAHUN 2012
3. MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TAHUN 2013
4. MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TAHUN 2014
5. MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TAHUN 2015
6. MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TAHUN 2016
7. MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TAHUN 2017
8. MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TAHUN 2018

No comments:

Post a Comment