PROFIL

Latar Belakang 

Kelab EIA (Kelab Education in Action), ditubuhkan pada tahun 2011 – sebuah NGO. Berperanan untuk mengerakkan kesedaran bahawa “pendidikan berlaku dimana-mana, menerusi apa saja aktiviti”. Berpegang kepada falsafah ”dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”, skuad Kelab EIA di wujudkan untuk menterjemahkan sebarang peluang dan ruang yang ada untuk apa sahaja keperluan bagi maksud pendidikan dan pembelajaran negara.  


Teras Perkhidmatan

Kelab EIA menyokong dan membantu dalam memberikan nilai tambah pendidikan sama ada berkaitan kesihatan atau bukan kesihatan, berkisar kepada empat teras perkhidmatan berikut;

1. Sebarang aktiviti dan kerja-kerja penyelidikan, pemeriksaan dan penilaian
2. Sebarang aktiviti dan kerja-kerja pembangunan program, modul, projek dan initiatif pembangunan kemasyarakatan
3. Sebarang aktiviti  dan kerja-kerja promosi, kempen, ekspo, persidangan dan pemasaran sosial 
4. Sebarang aktiviti  dan kerja-kerja berkaitan latihan, bena upaya dan pembangunan modal insan.

Kelab EIA juga bersedia menjadi rakan kongsi dalam apa-apa sahaja aktiviti dan inovasi berskala besar jika inisiatif yang di bangunkan itu selari dengan visi dan misi kelab.

No comments:

Post a Comment